Berburu ke Padang Datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Mungkin anda kurang tahu dengan fakta mengatakan orang pendiam sebenarnya sangat bijak,
apatah lagi diam-diam berisi. Mereka diam sebab tak mahu bercakap
banyak, bahkan lebih suka memerhati, mempelajari dan menganalisis.
Matlamat jitu
merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong,
agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan
dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih.
Itulah di antara pegangan Paul Getty, seorang billionaire
Amerika
Syarikat.
"Maaf,
saya sudah lambat............................................" "Jika saya
masih ada masa sedikit lagi............................" "Saya betul-betul
minta maaf, saya terlalu banyak kerja...."
Berapa banyak
kali kah anda mendengar alasan-alasan di atas?
Berapa banyak
kali kah anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di restoran
atau di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa?