Hari Ini
Kata Aluan
| Tuan Guru Besar |
Menu Utama
| Direktori Portal |
| Komuniti SKJ3 |
| Dokumentasi |
| Aktiviti Sekolah |
| Lokasi Sekolah |
| PIBG 2008/2009 |
| Forum Sekolah |
| Maklumat Staf |
Login Komuniti SKJ3
Ahli Komuniti "Online"
No Users Online
You are here: Laman Utama
Koleksi Berita
Latest
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 BERJALAN DENGAN LANCAR
News
Latest
Koleksi Berita
Latest
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 BERJALAN DENGAN LANCAR
News
Latest
Direktori Portal News LatestSearch by tag : Takziah, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5 2009, Hari Guru 2009 |
| MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 BERJALAN DENGAN LANCAR |
|
|
|
| Written by administrator | |
| Friday, 15 May 2009 | |
|
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5 telah mendapat sambutan yang hangat daripada pihak ibubapa dan waris pada sesi Tahun 2008/2009. Mesyuarat Agung ini telah berlangsung pada 14hb Mei 2009 (Khamis) di Dewan Terbuka Sek. Keb. Jitra 3. Mesyuarat tersebut yang bermula jam 3.00 petang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Jitra 3, iaitu Tuan Haji Zulkifli @ Mohd. Ros bin Ahmad. Di dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan tentang perlunya kedua belah pihak iaitu para waris/ibubapa dan guru seiring bagi melaksanakan sesuatu aktiviti dan program demi kecemerlangan murid-murid di sekolah. Beliau juga menegaskan kepada ibubapa tentang kepentingan keselamatan anak-anak mereka semasa berada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Beliau juga menyatakan rasa simpati di atas pemergian seorang murid SKJ3 Allahyarham Adik Muhamad Fitri yang telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya pada 30hb April 2009.
Kehadiran
para waris dan ibubapa pada mesyuarat kali ini adalah amat baik dengan
kehadiran yang telah dicatat adalah hampir 280 orang. Kehadiran
tersebut menunjukkan pihak ibubapa dan waris sudah semakin prihatin
terhadap perkembangan dan pencapaian anak-anak mereka di sekolah.
Mesyuarat kali ini juga dilihat banyak membangkitkan isu keselamatan anak-anak
terutamanya tentang lalulintas di jalan utama ke sekolah. Tuan Guru
Besar, Encik Zulkeflee bin Alwi telah menjelaskan bahawa isu ini sudahpun
diambil tindakan oleh pihak sekolah dan sedang menunggu peruntukkan
oleh pihak JKR untuk perlaksanaan Lampu Lintasan Jalan di hadapan
sekolah. Sebagai langkah sementara, seorang pengawal keselamatan
sekolah telah diminta berkhidmat dengan sedikit sumbangan wang ikhsan bagi
menolong para murid melintas di jalanraya. Tuan Guru Besar juga
memohon jasabaik para waris dan ibubapa untuk sama-sama membantu dan
bekerjasama supaya perjalanan lalulintas di hadapan kawasan sekolah
berjalan dengan lancar dan baik.
Majlis itu juga menempah sejarah baru sekolah dengan perlancaran laman web rasmi sekolah (www.skj3.edu.my)
yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG Tuan Hj Zulkifl@Mohd.
Ros bin Ahmad. Selain itu,turut berlangsung adalah upacara penyampaian
hadiah bagi Peningkatan Pembelajaran Tahap 1 - Ujian Bulan April untuk
murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Mesyuarat Agung ini telah berakhir
hampir jam 6.00petang.Habis.
|
|
| Last Updated ( Wednesday, 20 May 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|














