|
Bagaimana dengan makan boleh terus kekal
langsing ? Ikuti tip-tip di bawah:-
Makan dengan kerap.
Anda boleh pastikan anda langsing jika makan
dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda
makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya
tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa
terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.
Rendah kalori, rendah lemak.
Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan
rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong
mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh
dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori
tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.
Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan.
Para pengkaji dari Purdue University mendapati
bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas
dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula,
mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein
berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein
seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.
Waktu terbaik untuk minum air.
Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang
didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum
ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di
waktu-waktu berikut :-
Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam
tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan
membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu,
minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas
kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan
begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk
memulakan hari.
30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir
waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang
sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh
membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu
makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun
coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda
daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah
sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air
putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih)
sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda
membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia
boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.
Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Bil 1291, 15-21 Ogos 2008, m/s:44,
oleh : Khairun Nisa Ishak.
|